Sarang Burung Lenfa

Imperial Bird's Nest (150ml)

Rainbow 3+3 Collagen Bird's Nest (120ml x 6 bottles)

Bird's Nest Collagen 3+3 (75ml x 6 bottles)

Sarang Burung Lenfa



Kelebihan sarang burung Lenfa

Disebabkan kehidupan kini yang kian sibuk, semakin ramai orang yang mementingkan kesihatan mula memilih jenis sarang burung yang mudah diambil terus dari botol. Semasa memilih sarang burung tersebut, mereka seharusnya memastikan bahawa pilihan mereka adalah memadai dengan nilai harganya. Akan tetapi, terdapat banyak jenis sarang burung yang sedia ada di pasaran tidak mempunyai kualiti yang setara.

Perbezaan di antara sarang burung gua dengan sarang burung rumah/gedung

Sarang burung gua dihasilkan daripada burung layang-layang yang membina sarang pada dinding atau langit-langit gua secara liar. Sarang burung liar ini berasal dari gua-gua di pesisiran kepulauan Pasifik yang semulajadi. Sarang burung rumah dihasilkan daripada burung layang-layang yang membina sarang di habitat tiruan (rumah sarang buatan) yang disediakan oleh pengusaha-pengusaha sarang burung. Habitat tiruan ini seumpama habitat alam semulajadi dapat menarik perhatian burung layang-layang untuk membiak.
Burung layang-layang gua tinggal di dalam alam semulajadi yang asli di mana serangga, ikan dan udang merupakan makanan utama mereka. Oleh itu, air liur yang dikeluarkan dapat menghasilkan sarang yang kaya dengan protein dan khasiat.
Makanan burung layang-layang adalah kurang berkhasiat disebabkan keadaan habitat tiruan yang kurang asli.
Sarang burung dapat menyerap garam-garam mineral yang kaya pada dinding-dinding gua secara semulajadi. Oleh kerana rumah sarang buatan tidak membekal sebarang garam-garam mineral, jadi sarang burung kurang mempunyai nutrisi-nutrisi semulajadi.
Sarang burung gua mempunyai daya ketahanan haba yang tinggi. Ia tidak mudah menjadi cair walaupun dimasak selama 3 jam. Teksturnya masih elok dan sedap dimakan.
Sarang rumah kurang tahan haba di mana ia perlu dimakan selepas 30-45 minit. Sarang burung akan mencair dan bau kewangian akan hilang jika dimasak lama(lebih daripada 1-2 jam.
Sarang burung gua biasanya berwarna kuning air gelap
atau kekuningan. Ia lebih keras dan mempunyai lebih banyak bulu halus. Uratan sarang menjadi tebal dan tahap keberatannya juga meningkat selepas direndam.

Sarang burung rumah berwarna putih dan kurang kekuningan. Ia kurang keras dan kurang bulu burung.Tahap keberatannya juga kurang meningkat selepas direndam.



























Jaminan kualiti dan keyakinan sarang burung Lenfa


Sumber bahan sarang burung Lenfa

Sarang burung Lenfa dipilih daripada yang berkualiti tinggi. Ianya diproses dengan menggunakan teknologi moden terkini yang canggih untuk menjaga kandungan zat-zat & garam galian yang terkandung dalam sarang burung.

Proses pembasmian kuman dalam vakum bertekanan tinggi

Ia dihasilkan melalui gabungan formula tradisional dan teknologi terkini untuk menghasilkan sarang burung yang berkhasiat tinggi, wangi, manis dan sedap dimakan. Proses pembasmian kuman dalam vakum bertekanan tinggi bertujuan supaya tidak perlu didinginbeku selepas dibuka. Dengan menggunakan proses pembasmian kuman dalam vakum bertekanan tinggi, uratan sarang burung tidak mudah menjadi cair apabila dipanaskan. Ia dapat memastikan kesegaran dan keasliannya di samping menjamin kebersihan supaya lebih selamat untuk dimakan.

Bahan yang asli dan tulen

Ujian di makmal menunjukkan bahawa kesemua sarang burung keluaran Lenfa tidak mengandungi sebarang pewarna, perisa dan pengawet tiruan. Sarang burung Lenfa diadun 100% daripada ramuan bahan semulajadi dan asli. Dipilih daripada Sarang Burung Gua Sarawak yang berkualiti tinggi dan berharga. Kesemua produk sarang burung Lenfa melalui proses pemilihan yang ketat, dipilih daripada sarang burung yang berkualiti tinggi dan ia mengandungi khasiat-khasiat yang jauh lebih baik berbanding dengan mutu sarang burung yang lain.

Piawaian antarabangsa & jaminan keyakinan

Dengan adanya pengalaman selama 20 tahun dalam penyeliaan proses penghasilan sarang burung, produk-produk Lenfa telah mendapat pengiktirafan piawaian daripada Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP), ISO 9001/2000 dan ISO 22000/2005 yang pasti akan meningkatkan keyakinan anda. Disamping itu kesemua produk sarang burung Lenfa telah mendapat status HALAL daripada JAKIM. Sila rujuk Sijil JAKIM seperti di bawah.




SIJIL HALAL JAKIM
SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK LEBIH JELAS



Sijil Pengiktirafan & Akreditasi
SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK LEBIH JELAS



 

Copyright © 2008. All rights reserved. This site is optimised for Firefox 1.5.02 and above.